" Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada pelajar 5UKM kerana mereka akan mengambil SPM pada tahun ini ."

Monday 10 October 2011

Restuilah Kami Wahai Guru

Majlis Restu Ilmu untuk Calon PMR dan SPM .
Tarikh :  29 September 2011 (Khamis)
Dianjurkan oleh : Unit Bimbingan Kaunseling SMKTTJ
Dirasmikan oleh : YB Senator Dato' Mohammad Najeeb bin Abdullah, Ahli Senator Dewan Negara
Jemputan khas : Imam Muda Ahmad Azran b Ahmad Kamal (Imam Muda Aran)

Majlis bermula kira-kira pukul 7.30pagi .Paluan kompang menyambut kehadiran Imam Muda Aran ke sekolah pada pagi itu .Imam Muda Aran memberi pelbagai tips dan kata-kata semangat dan diselang-selikan oleh zikir, doa dan syair orang arab .

Kemudian paluan kompang kedua menandakan kedatangan YB Senator Dato' Mohammad Najeeb bin Abdullah .Beliau masih mahu berucap walaupun ketika itu matahari sudah menyinari seluruh tapak perhimpunan .Beliau masih mahu memberikan kami sedikit motivasi .

Kemudian Tuan Pengetua SMKTTJ, Tuan Omar naik ke pentas untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir pada hari ini .

Kemuncaknya, bacaan doa oleh Imam Muda Aran dan semua pelajar PMR dan SPM diminta bersalaman dengan guru masing-masing dan setiap orang diberikan satu set pensel 2B lengkap bersama pemadam .










Gambar dari : Lensa.SMKTTJ

No comments:

Post a Comment