" Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada pelajar 5UKM kerana mereka akan mengambil SPM pada tahun ini ."

Monday 10 October 2011

Majlis Munajat Kecemerlangan PMR dan SPM

Tarikh : 29 September 2011
Tempat : Masjid Kariah, Taman Tuanku Jaafar
Jemputan khas :Imam Muda Abdul Fatah bin Riddwan (Imam Muda Fatah)

Dalam pukul 6.45petang, telah banyak kereta di perkarangan Masjid Taman Tuanku Jaafar .Kehadiran pelajar PMR dan SPM bersama ibubapa amat menggalakkan dan mendapat sambutan .Pelajar dan ibubapa diminta berdaftar sebelum memasuki masjid .

7.07malam, azan Maghrib berkumandang .Solat Maghrib dipimpin oleh Imam Masjid Kariah Tuanku Jaafar .Selesai solat Maghrib, bacaan Ya'asin beramai-ramai .Kemudian diteruskan dengan Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Taubat dan Solat Isyak yang diimamkan oleh Imam Muda Fatah .

Majlis diteruskan dengan sedikit motivasi dan ceramah yang disampaikan oleh Imam Muda Fatah .Majlis berkahir hampir pukul 9.30malam .Semua hadirin dan hadirat diberikan sedikit jamuan yang telah disediakan dan dibekalkan dengan beberapa botol air bacaan Ya'asin sebentar tadi .










Kami, pelajar 5UKM mengucapkan terima kasih kepada guru-guru SMKTTJ di atas pelbgai usaha dan ikhtihar yang dilakukan untuk kami menghadapi SPM .Jutaan terima kasih kepada ibubapa yang turut menghadiri majlis ini .

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لاَ شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْوَالِدِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
Tiga doa yang mustajab yang tidak diragukan lagi yaitu doa orang tua, doa orang yang bepergian (safar) dan doa orang yang dizholimi.
(HR. Abu Daud no. 1536. Syaikh Al Albani katakan bahwa hadits ini hasan).

Sesungguhnya doa ibubapa adalah doa paling mustajab ,Kami berharap kami dapat membanggakan ibubapa kami dengan beroleh kejayaan yang cemerlang dalm peperiksaan kami .Semoga Allah S.W.T mempermudahkan urusan kami semasa menjalani peperiksaan . 


Sumber gambar : Lensa.SMKTTJ

No comments:

Post a Comment