" Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada pelajar 5UKM kerana mereka akan mengambil SPM pada tahun ini ."

Thursday 10 November 2011

Sijil Pelajaran Malaysia 2011



Kepada semua guru-guru yang pernah mengajar kami dan guru-guru di SMK Taman Tuanku Jaafar, kami mohon ampun dan maaf atas salah silap kami semasa menuntut ilmu bersama cikgu sekalian .

Kami mohon cikgu-cikgu menghalalkan semua ilmu yang telah cikgu berikan kepada kami dan sabar ketika memberikan ilmu-ilmu cikgu kepada kami ! Maafkan kami cikgu .

Akhir sekali, kami mohan cikgu-cikgu mendoakan kejayaan kami semua .



















Seminar Prinsip Perakaunan



Tarikh : 23 Oktober 2011 (Ahad)
Tempat : INTI College, Nilai .

Seramai 24 orang pelajar yang mengambil kursus Prinsip Perakaunan dari tingkatan 5UKM dan 5USM telah menyertai seminar tersebut .Seminar yang diadakan ditanggung 100% oleh pihak INTI College, termasuk pengankutan dan makanan .Seminar ini turut disertai sekolah dari Selangor, Klang dan Terengganu .SMK Taman Tuanku Jaafar merupakan wakil sekolah dari Negeri Sembilan .







 WE ARE IN THE BUS .ON THE WAY TO INTI COLLEGE .

Sesiapa yang dapat menjawab setiap soalan yang diajukan diberikan sebuah beg sandang INTI College dan sebatang pen .INTI College bukan sahaja menyediakan seminar Prinsip Perakaunan tetapi banyak slot yang diberikan dan kami terhibur .
Kami turut didedahkan dengan kelayakan dalam mengambil jurusan untuk melanjutkan pengajian selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia .






WE JUST ARRIVED AND WAITING FOR REGISTRATION

Kami juga turut diberikan sedikit sebanyak tips untuk menghadapi peperiksaan dan cara-cara belajar .Kami diberikan dua buah kotak kad seperti kotak trup dalam cara belajar "STUDY SMART" .


YOUTH EMPOWERMENT CAMP
21-22 DEC 2011


Selain itu juga, INTI College akan mengadakan perkhemahan selepas menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia .








Kemudian, kami diberikan peluang untuk bertanyakan soalan dalam bidang Chef, Mass Communication, Business dan ICT Technology .Sesiapa yang bertanyakan soalan diberikan sebuah buku catatan INTI College .









Penutup yang amat memeranjatkan bagi kami kerana hadiah cabutan bertuah merupakan I-pad dan INTI College menyediakan 2 I-pad untuk cabutan bertuah kali ini .Nasib tidak menyebelahi mana-mana pelajar SMK Taman Tuanku Jaafar kerana pelajar bertuah yang memenangi cabutan bertuah itu adalah pelajar perempuan Melayu dari sekolah Selangor dan pelajar lelaki Cina dari SMK Raja Jumaat .

Kami berharap, seminar ini sedikit sebanyak dapat menjadi ulangkaji terakhir kami sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar .Dan sebelum pulang ke Seremban, kami sempat bergambar bersama host sepanjang seminar itu dan sempat singgah ke McDonald di Nilai untuk mengisi tenaga kami .


Kami tiba diperkarangan sekolah sekitar pukul 8.15malam .Terima kasih pakcik bas yang tahan dengan karenah kami .TERIMA KASIH INTI COLLEGE !!