Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.
Tidak bermotivasi.
Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang tidak baik.
Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat
Tidak boleh berdikari.
Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu
Beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran.
Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan .
Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah / Tuhan.
Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.