" Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada pelajar 5UKM kerana mereka akan mengambil SPM pada tahun ini ."

INFO


Pada asalnya kelas ini diberi nama 5CEKAP .Selepas kedatangan pengetua Tuan Omar, beliau telah menukar nama kelas ini kepada 5UKM .Sedikit info mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru BangiSelangor. Terdapat juga sebuah hospitalpengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islammenyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.[